Pages

My first Doodle !



Assalamualaikum semua

Sebenarnya,aku minat sangat dengan doodle ni sebab dia COMEL + CUTE +CANTIK..apa2 je la yang seumpamanya,so try jugak blaja buat doodle ni walaupun rumit jugak nak siapkannya.Hmm,korang nk tengok tak my first doodle yang aku buat sendiri..ikot korang la nak kutuk ke ape asalkan ada rupa doodle aku nih..hee :) 

TAdaaaa!





maaf mata & tangan cacat sikit


HEe..amacam nampak COMOT ke doddle ni??aha,tak pe laa budak baru belaja katakan...kalau buat next time mybe ok la sdikit kot..

Then,kepada sape2 yang nak blaja buat doodle ni korang boleh tengok link kat SINI...thanks a lot kepada yang buat tutorial ni..

Thanks for ur reading !

Waalaikumussalam

:::wordless wednesday:::

Assalamualaikum w.b.t

Maaf lame x update blog,ni just pic untuk korang sume..hehe ^^,


oke done ! thanks :)

Waalaikumussalam

Pra Syarat PUASA Yang Khusus

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana cara untuk kita mencapai martabat Puasa khusus???.Sesungguhnya kesempurnaan puasa khusus boleh di capai oleh setiap Muslim,dengan syarat mereka harus memelihara 7 perkara iaitu:


PERTAMA: Mengawal ata mengekang mata dari pandangan kepada sesuatu yg tercela dan tidak halal & tg bleh menyebabkan kelalaian hati serta melengahkannya dari berzikir @ ingat kpd ALLAH s.w.t.


Sabda Rasulullah  s.a.w. :"Sekilas pandangan mata adalah merupakan sebuah anak panah yg berbisa di antara panah2 iblis yg terkutuk.Maka barangsiapa yg menahan dirinya dari pandangan seperti itu,kerana rasa takutnya kpd ALLAH S.W.T maka Allah s.w.t akan melimpahkan kpdnya keimanan yg terasa amat manis dalam hatinya".


Jabir r.a. pernah meriwayatkan dari Anas r.a.bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Lima perkara dapat mengurangkn pahala puasa seseorang:Ucapan bohong,ghibah,fitnah,sumpah palsu dan pandangan yg b'nafsu(dgn syahwat).


KEDUA:Memelihara lidah dari senda gurau yg tidak berfaedah.berdusta,mengumpat,mengadu domba,fitnah,caci-mencaci,mengeluarkan perkataan kotor dan menimbulkan pertengkaran dan permusuhan.Sabda Rasulullah s.a.w.:


"Sesungguhnya puasa itu tabir penghalang(dr p'buatan dosa).Maka apabila seseorang dari kamu sedang b'puasa,janganlah dia berbuat jahil.Dan seandainya ada orang lain yg mengajaknya berkelahi atau mencercanya,hendaklah ia berkata:"Aku sedang berpuasa".


KETIGA:Menahan pendengaran dari sesuatu yg dbenci dan yg haram diucapkan,kerana sesuatu haram diucapkan,maka haram pulalah didengarkan.Oleh sebab itulah,Allah menyamakan antara mendengar sesuatu yang tidak baik dengan makan sesuatu yg diharamkan,sebagaimana firman-Nya:


"Orang-orang yg dehaka itu suka sekali mendengar perkara dusta dan makan dosa(yg diharamkan)".


Begitu juga larangan dri mendengar umpatan seperti Rasulullah bersabda:"Orang yg mengumpat dan yg suka mendengar umpatan adalah memperolehi dosa yg sama".


KEEMPAT:Mengawal anggota badan seperti kaki dan tangan dari segala perbuatan dosa.Jangan dibiarkan tangan menyentuh yg haram atau kaki berjalan ke tempat maksiat..Demikian juga manahan perut dari perkara2 syubhah diwaktu berbuka.Amat malang sekali orang menahan perutnya dri makanan yg halal di siang hari,tapi memasukan makanan yg haram sewaktu berbuka.Dalam hal ini ,Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Ramai orang berpuasa,tetapi tiada apa yang diperolehinya dari puasa itu kecuali lapar dan dahaga shj"


Ada ulama yg berpendapat bahawa orang yg bernasib sedemikian ialah orang yg berbuka dengan MAKANAN yang HARAM.Ada yg menyatakan bahawa orang itu ialah yang menahan diri dari makanan yg halal,tetapi berbuka dengan makan daging MANUSIA,kerana lidahnya tidak dipelihara dari perkataan yg diharamkan dan  juga perbuatan dosa...


KELIMA:Jangan terlampau banyak makan di waktu berbuka kerana harus di ingat bahawa perkara yg di benci oleh ALLAH ialah mengisi perut dgn terlalu banyak makanan.Sabda Rasulullah s.a.w.:'Tidak ada suatu bekas yang dipenuhkan oleh anak Adam lebih buruk dari perutnya.Memadai bagi anak Adam itu beberapa suap untuk menyambung hidupnya.Jika ini juga tidak mencukupi,maka hendaklah sepertiga untuk makanannya,sepertiga untuk minumnya dansepertiga untuk pernafasannya".


KEENAM:Jangan terlalu banyak tidur di waktu siang walaupun perkara ini tidaklah haram tetapi tidak bertepatan dengan roh puasa itu sendiri..


KETUJUH:Hendaklah setelah berbuka itu,hatinya masih mempunyai perasaan goncang,iaitu antara ketakutan kepada ALLAH dengan penuh harapan agar amalannya diterima oleh ALLAH S.W.T..Ini keranakita sendiri tidak tahu sama ada amalan kita itu benar2 diterima oleh Allah atau sebaliknya.Justeru itu,sentiasalah berharap dan memohon doa kpd Allah s.w.t agar diri kita tergolong di kalangan orang2 yg mendekatkan diri kepadaNya....


Wallahu'alam


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM ! 

Bila ajaL menghampiri kita

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang kalau cakap je pasal mati @ meninggal dunia sudah pasti semua orang tak bersedia kan tapi hakikatnya semua makhluk yang bernyawa atas muka bumi ini akan melaluinya tanpa ada yang terkecuali.Apa yang membezakannya adalah masa,ada orang kat dunia ni diberi  umur yang panjang dan umur pendek tapi itu semua telah ditakdirkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Kita sebagai orang mukmin sepatutnya bersiap sedia bagi menganbil langkah menghadapi kematian,bukannya berseronok bersuka ria sampai xingat dunia..ni la dikatakan syurga dunia yang membuatkan ramai manusia hanyut,leka dengan keseronokan dunia.Seperti yang termaktub dalam dalam al-quran:

 Firman Allah, “Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.”(Al-baqarah:95)

Dalam ayat di atas ALLAH S.W.T  telah menceritakan gelagat orang-orang Yahudi yang hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati.

kematian yang ditentukam oleh ALLAH S.W.T




Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”

al-quran kalamullah


Dalam hadis ini Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita semua agar selalu mengingat yang memutuskan atau mengalahkan atau menghancurkan kenikmatan, iaitu kematian yang suatu saat pasti akan tiba, bahkan seringkali datang tanpa terduga dan secara tiba-tiba. Ibnu Umah RA berkata : “Aku sedang duduk bersama Rasulullah, maka datanglah seorang laki-laki dari golongan Ansar, lalu ia memberi salam kepada Nabi seraya berkata, ‘Wahai Rasulullah, mukmin yang seperti apa yang paling utama? Beliau menjawab: ‘Yang paling baik akhlaknya.’Ia bertanya lagi, ‘Mukmin seperti apakah yang paling cerdas? Beliau menjawab: “Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik mempersiapkan diri untuk sesudah kematian itu, mereka itulah orang-orang yang cerdas.

Oleh itu,kita sebagai sedara seagama marilah kita bermuhasabah diri kita yang hina ini untuk sama-sama mempersiapkan diri sebelum bertemu denganNya

p/s:akhir sekali,andai kata diri ini ada membuat kesilapan,sila perbetolkan apa yang salah kerana tidak semua manusia sempurna..semoga Allah merahmati kita semua..amiin~

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK===3