Pages

Tutuplah auratMu !

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dalam AL-Quran ada menyatakan:

" Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".(surah al-a'raaf ayat 26)

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya.  Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman".(surah al-a'raaf ayat 27)



Kenapa perlu tutup aurat??sebernanya banyak hikmah disebalik tutup aurat ni,bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat menyelamatkan diri kita sendiri daripda fitnah dan sebagainya..

Kalau tengok sekarang ni memang ramai dah yang bertudung tapi still lagi dedah aurat sini-sana..mungkin mereka ingat tutup aurat hanya setakat tutup kepala..kalu setakat nak tutup kepala pakai tudung saji pun boleh,tak payah susah2 nak bli selendang ke apa..

Orang tak tutup aurat biasanya lebih cenderung diusik lelaki,btol tak??yela biasa la lelaki ni MATA KERANJANG,pantang tengok perempuan seksi,cantik mesti terbeliak nak tengok sana sini.(sebab dulu suke buat pemerhatian ni time kat matrik,oppss!)..Biasa wanita yang terjaga auratnya akan terlepas daripada ancaman-ancaman sebegini,dan terpelihara daripada melakukan maksiat.

Sebagai contoh analogi kalu kita diberi peluang untuk memilih makanan yang mana dua2 makanan ini donut:
1)big apple donut yang terdedah tanpa penutup
2)donut biasa tapi terjaga sebab ada penutup
Yang mana satu pilihan terbaik donut 1 or donut 2???

sedapnye! nyumyum..
                                                                  
donut yang biasa
So,mesti la ramai yang akan pilih donut yang biasa je  sebab terjaga kebersihannya berbanding big apple donut walaupun sedap tapi kotor sebab terdedah kepada serangga dan habuk.Begitu juga dengan wanita yang menutup aurat,maruahnya akan lebih terjaga daripada yang tak tutup aurat...

Sama juga dengan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar,allah berfirman:
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."(surah az-zumar ayat 5)

p/s:Ini hanya sekadar sedikit perkongsian daripada saya,semoga dapat memberi manfaat kepada semua..maaf sekiranya ada kekurangan atau kesilapan,harap dapat perbetulkan..

~Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.yang baik berterusan,insyAllah~(ayat akak liqa'ku)



Wassalam(^_~)/\

#Wordless Wednesday

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua (^^,)

Nak tengok #WW minggu ni??

jeng3!!! <3







~~~~~~~~~~~~~~~~oke tu je untuk kali ni~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wassalam(^_^)senyum sokmo~

RAHSIA WAKTU SOLAT DENGAN PERUBAHAN ALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup di muka bumi ini..namun jangan sesekali kita lupa siapa yang berkuasa menghidup dan mematikan kita selain daripadaNya ALLAH s.w.t..

Entri kali berkenaan rahsia setiap waktu solat yang kita kerjakan sebanyak 5 kali sehari,subuh,zuhur,asar,maghrib dan isyak.Tetapi terdapat juga solat-solat sunat seperti solat dhuha,qiamulail,dan sebagainya.Tahu tak yang waktu solat sebenarnya ada kaitan dengan perubahan warna alam??antara contoh waktu-waktu solat ialah;

1) Subuh


Pada waktu subuh alam akan bertukar warna biru muda yang mana berkaitan dengan frekuensi tiroid yang dapat mempengaruhi sistem metabolisma badan manusia.Oleh itu,pada waktu subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan penawar,rezeki dan komunikasi.Seseorang yang sering meninggalkan waktu subuh atau melewat-lewatkan waktunya secara berulang kali dalam hidupnya,mereka akan menghadapi masalah yang berkaitan dengan komunikasi seharian atau rezekinya.Hal ini kerana ketika alam berwarna biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum(secara serentak) contohnya ketika jaga daripada tidur.Semasa azan subuh dilaungkan,tenaga alam berada pada tahap optimum.Oleh itu kita disarankan menunaikan solat di awal waktu untuk mendapatkan tenaga yang cukup.Ketika rukuk dan sujud,tenaga akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan .Seseorang yang terlewat subuhnya tidak akan mendapat tenaga yang secukupnya..


2)Zuhur


Pada waktu pagi(waktu dhuha) alam berubah ke warna hijau dan apabila masuk waktu zuhur alam berubah warna kuning.Spektrum warna ini memberi persamaan dengan frekuensi perut dan hati yang mana berkaitan dengan sistem penghadaman.Selain itu,warna kuning  juga terdapat rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang.Oleh itu,apabila seseorang yang tidak menunaikan solat atau lewat solat secara berulang-ulang kali dalam kehidupannya,maka hidupnya akan menghadapi masalah sistem penghadaman atau hilang sifat ceria..

3)Asar


Pada waktu asar pula warna berubah kepada warna oren.Spektrum warna oren bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yang berkaitan dengan sistem reproduktif manusia.Selain itu,warna oren juga berkait dengan kretiviti seseorang.Mereka yang meninggalkan dan melewat2kan solat asar akan hilang daya kretivitinya dan mempunyai masalah berkaitan dengan sistem reproduktif mereka.

4) Maghrib


Ketika waktu maghrib alam berubah ke warna merah,dan pada waktu ini kita disarankan untuk tidak berada diluar rumah.Hal ini kerana spektrum warna merah merupakan waktu yang menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna iblis dan jin sangat bertenaga kerana ketika itu mereka resonan dengan alam.Mereka yang dalam perjalanan seelok2nya berhenti dahulu pada waktu itu untuk mengelakkan pembelauan berlaku yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu maghrib ialah keyakinan,pada frekuensi otot,saraf dan tulang..

5)Isyak


Pada waktu ini alam berwarna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.Rahsia pada isyak ialah ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap meninggalkan solat isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.Ketika alam berada dalam kegelapan,saintis barat ada menyatakan inilah waktu tidur yang paling sesuai(waktu tidur dalam Islam).Pada ketika ini tubuh badan kita akan berada dalam keadaan rehat.Selepas waktu tengah malam,alam mula bersinar kembali kepada warna putih(qiamulail) yang ada bersaman dengan frekuensi kalenjar pineal,pituitari,thalamus,dan hipothalamus.Waktu alam yang paling baik ialah warna putih(qiamulail) kerana ketika ini terdapat suatu udara yang berlegar-legar di atmosfera.Udara ini hanya akan dapat pada waktu itu sahaja.Mereka yang bangun untuk qiamulail sahaja akan mendapat udara segar itu.Dan mereka akan diberi kelebihan pada kekuatan lidah.Maksudnya disini apabila bercakap orang akan mendengar kata-kata kita dan percaya dengan apa yang disampaikan tanpa ragu2..

p/s:berdasarkan waktu2 solat dengan rahsianya yang tersendiri,marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.adakah kita sentiasa solat pada awal wktu??walau apapun kerja kita perlu solat terlebih dahulu dan tinggalkan dulu kerja2 laen.. kadang2 syaitan sentiasa melekakan kita dengan perkara2 yang laen sehingga kita lewat solat dan sebagainya..

sekian,Waalaikumussalam(^_^)






RAYA HAJI

Assalamualaikum w.b.t semua

Ohh! lame blog ni tak ber'update'..maaf ye terutama skali kat blog ni sbb owner dia buat ignore je dengan blog ni..huhu!..lagipun ada sebab knapa blog ni lama tak ber'update'..erm,apa khabar antum dan antunna ye?hope semua dalam keadaan sihat walafiat..
Sebenarnye post kali ni nak buat ucapan rye je kat kawan-kawan ana disini,sebelum tu ana nak mintak maaf kalau ada yang terkasar bahasa dengan sengaja atau tak sengaja..
Buat kawan-kawan sekolah lama dulu (SMAMT),kawan-kawan matrik (KMPP) terutama skali kat dak h7p3, dak kls BSC kt USIM,dan tak lupe jgk kt ex-roomate kt  matrik dulu farah,anis dan fiza...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA ! jangan lupa   kita sebagai umat Islam untuk sama-sama kita memperingati hari kisah pengorbanan nabi ibrahim  dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya nabi ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Waalaikumusalam (^_^) happy always