Pages

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB

Assalamualaikum


Alhamdulilah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih lagi memberi peluang untuk hidup sehingga hari ini iaitu bersamaan 1 REJAB 1433 HIJRAH.Mungkin untuk tahun berikutnya kita tak tahu sama ada masih berkesempatan atau tidak untuk merasainya...





"Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadhan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah."

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaanakhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka Jahanam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia daripada memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratulmustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan  bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam lain.


p/s :ayuh sahabat-sahabat sekalian sama-sama kita manfaat bulan rejab ini dengan puasa sunat dan amal ibadah yang lain.Semoga amal ibadah kita semua diterima oleh ALLAH S.W.T...ameen !




SEKULARISME dalam kehidupan ISLAM

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum,salam pembuka bicara kepada semua sahabat.Apa khabar semua??harap semua sahabat dalam sihat walafiat...

Sebenarnya untuk entri kali saya nak berkongsi sedikit ilmu mungkin ia boleh jadi panduan untuk kita semua sebagai masyarakat Islam terutamanya.Hari ini saya ada baca buku agak menarik jugak la buku tersebut mungkin ada di antara sahabat-sahabat yang dah baca buku bertajuk "Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama".

Dalam buku ni ada tajuk yang menarik perhatianku iaitu mengenai perkataan "Sekularisme" yang dikatakan sebagai virus yang membarah tanpa disedari dan terus dibiarkan.Di sini ada satu konsep dalam Bible :
"Berikanlah hak pemerintahan kepada pemerintah,berikanlah hak Tuhan kepada tuhan"


Merujuk kepada Ensiklopedia Britania,Sekularisme adalah sebuah gerakan kemasyarakatan yang bertujuan memalingkan manusia daripada kehidupan akhirat dengan semata-mata berorientasikan kepada dunia.

Apa yang nak di 'highlight' kat sini ialah perkataan sekular yang mana pada minggu lepas ada seorang sahabat yang memberitahu ada segolongan yang pelajar ni suka cakap kami yang ambik bidang sains ni sekular.Hanya itu yang ada di pemikiran mereka.Bagi saya mereka yang berfikiran sempit ni patut ditarbiah dulu mungkin.Pada mereka sekular ni hanya menumpukan pada keduniaan semata-mata.

Sebelum itu cuba sahabat-sahabat meneliti apa yang dikatakan oleh Prof. Dr Haron Din dalam buku Manusia dan Islam(jilid ke-3):
Sekularisme adalah fahaman yang memutuskan hubungan antara agama dengan dunia.Kebudayaan mengisi kehidupan dunia.Agama untuk kehidupan akhirat.

Persoalannya,apakah umat Islam yang bergelar muslim juga turut terkena tempias  VIRUS ini ?? 
Sekiranya masyarakat Islam dijangkiti virus ini,bilakah dan bagaimanakah virus ini berjaya menjangkiti umat Islam???Dalam buku Manusia dan Islam mendedahkan bahawa pada zaman keagungan Islam,masjid berperanan sebagai pusat ibadah dan kebudayaan,tetapi pada akhir zaman ni mulai berlaku perpecahan.

Kesan perkembangan kebudayaan yang amat pesat menyebabkan sedikit demi sedikit ia menjauh daripada agama,melepaskan diri daripadanya terutama dalam politik.Hal ini ternyata dalam perpecahan fungsi masjid pada zaman Khalifah Abbasiyyah.Kalau dulu masjid berfungsi sebagai tempat ibadah dan pusat kebudayaan tapi sekarang masjid hanya berfungsi untuk ibadah,manakala pusat kebudayaan dialihkan ke istana.

Kemudian kekuasaan Khalifah Abbasiyyah dipatahkan oleh Hulagu Khan pada tahun 1258M,yang mana berlaku keruntuhan kebudayaan dan keduniaan,budaya menjauh drpd agama dan melepaskan kawalan agama.Akhirnya pemimpin bukan Islam menguasai negara Muslim dalam aspek politik dan kebudayaan.

Kesannya,kesejahteraan dunia tidak dapat diharapkan lagi,lantas umat Islam mulailah menjauhi dunia dan mendekati akhirat sahaja bahkan mengabaikan dunia.Perkara ini berterusan sehingga generasi ke generasi umat Islam yang beranggapan Islam adalah agama dalam soal ibadah semata-mata.

Sampailah tahun 1800M,dengan penaklukan Napoleon ke atas Mesir barulah umat Islam sedar bahawa kejayaan mereka sudah lama lewat dan kedudukan mereka sudah lama diganti oleh bangsa-bangsa Barat.Ingatlah,Barat dapat menakluki dunia dengan mendalami ilmu sains dan ketinggian teknologinya.Oleh itu ilmu sains sangat penting untuk dipelajari bukan dengan hanya ilmu agama semata-mata.

Akibat daripada virus sekularisme inilah yang fungsi sebenar Islam berjaya dilumpuhkan.Kalau kita lihat umat Islam hari ini tidak berhadapan musuh seperti Muktazilah atau Qadariah,tetapi mereka berhadapan dengan musuh yang lebih licik iaitu SEKULARISME.Dalam fikiran seseorang mungkin sekularisme terlalu jauh dalam hidupnya,namun tanpa disedari ia terlalu hampir.Anggapan itulah acuan ISLAM,tetapi malangnya ia adlah acuan sekularisme yang bertopengkan Islam.

Sekularisme dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sekularisme Barat dan Sekularisme Islam.Sekularisme Barat hanya memikirkan atau membina kehidupan dunia sahaja dan mencuaikan kehidupan akhirat.Manakala,sekularisme Islam hanya fokus pada akhirat sahaja dan mengabaikan dunia.Bagi golongan yang menafikan peranan penting Islam dalam mengurus setiap kehidupan manusia,satu saja jalannya iaitu kembali kepada AL-QURAN.Dengan itulah dapat menjawab segala persoalan di dunia ini.Ajaran ISLAM tentang kebudayaan merupakan pantulan daripada agama.Prinsip2 kebudayaan yg mengatur kehidupan masyarakat berasal drpd Allah SWT,kerana manusia berhubung dengan ALLAH SWT dan mentaati-Nya,maka terbinalah kebudayaan berasaskan prinsip2 yg digariskan ALLAH SWT.


p/s:Oleh itu,kembalilah kepada ISLAM.Hanya ISLAM yang menjamin kehidupan,kesejahteraan,kedamaian di dunia dan di akhirat.

I ISLAM

Wallahu'alam



SUMBER
|
|
|







ThankYouAllForReading