Pages

Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Ramadhan Al-Mubarak 。^◕‿◕^。



10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.Antaranya ialah:

1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syiar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


Dalam surah Al-Hujurat ayat 2 dan 3, ALLAH s.w.t berfirman :

 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.





8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.


10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM


Jazakallahu khairan kathiran ~~

Kisah Kanak-kanak Miskin

بسم الله الرّحمن الرّحيم


Assalamualaikum..salam ramadhan kareem ! 
Apa khabar saudara/i sekalian??
Dulu ingat kata-kata sahabat bila kita berjumpa dengan seseorang sahabat lalu
letakkan tangan dekat dada(hati) kita dan bertanya:
 Apa khabar iman anda hari ini?
adakah sihat?
Tepuk dada tangan hati anda masing-masing ya !




Untuk hari ini ada sedikit perkongsian di bulan mulia yang penuh keberkatan..
Sebenarnya ana ingin berkongsi satu cerita yang sangat menyentuh hati ana pada ini..
Semasa ana sedang bermain-main dengan adik di ruang tamu tiba-tiba terdengar satu
ketukan besi yang bertalu-talu di depan rumah.
Kemudian ana terus memandang ke arah bunyi ketukan tadi dan terlihat ada 3 orang
 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 10 tahun kot( tetapi ana 
tidak berapa pasti umur mereka sebenarnya).
Kanak-kanak tersebut terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang perempuan.Lalu ana terus 
memanggil ibu ana yang sedang menjahit baju untuk bertanyakan tentang kanak-kanak tersebut
ternyata ibu ana juga tidak kenal dengan mereka.
Apabila ana perhatikan mereka sedang mencari-cari sesuatu di tempat pembuangan sampah.
Salah seorang kanak-kanak itu memegang sebatang besi panjang dan yang lain sedang menguis-nguis sampah sambil memegang satu beg plastik.
Kemudian,mereka beredar dari tempat tersebut selepas melihat ana dengan ibu ana memperhatikan mereka..
Ya ALLAH !  rasa sebak bila melihat keadaan mereka yang tidak terurus..
Dalam hati ana berkata mereka masih kecil ! tidak patut umur seusia mereka bekerja.
Sepatutnya mereka diberi didikan seperti kanak-kanak lain tapi.....
Selepas itu,kami menunggu di hadapan rumah dengan harapan kanak-kanak tadi kembali lagi 
ke tempat itu,tetapi mereka terus menghilangkan diri dengan beredar ke tempat lain.
Beberapa minit kemudian,kami melihat sekumpulan kanak-kanak bersama seorang wanita.
Wanita tersebut menaiki sebuah basikal yang sudah uzur sambil mengarah kanak-kanak
 tersebut dengan tanganya.Ana beranggapan mungkin itu ibu
 kepada kanak-kanak tersebut kerana masing-masing membawa barang yg dicari mereka.
Sebenarnya mereka bukan sahaja bertiga tetapi lebih daripada itu.
Kalau tidak silap ana tidak lebih 10 orang..Ketika itu ana melihat mereka sudah merentas 
jalanraya di hadapan rumah ana untuk menuju ke tempat lain pula..

Kemudian pelbagai persoalan yang menyerang pemikiran ana di saat itu antaranya :
Bagaimana kehidupan mereka seharian adakah dengan mencari sesuap nasi dengan hasil mencari besi?
Dimana letaknya tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk menafkahkan anak-anak mereka?
Bagaimana dengan pendidikan mereka terutama sekali didikan agama yang menjadi asas dalam kehidupan seharian?

Ya ALLAH permudahkanlah urusan mereka.Semoga mereka berada 
dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa di sisiMu..

Disini  ana ingin berkongsi doa perlindungan kanak-kanak yang mana pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).


p/s:
 Kata-kata "Rakyat Didahulukan" dimana letaknya didahulukan,setiap tahun yang diberi bantuan adalah kebanyakan orang-orang yang tidak layak menerima bantuan tetapi yang sepatutnya dapat bantuan terlepas pandang..Harap maklum


Jazakallahu khairan kathiran !{。^◕‿◕^。}