Pages

Dakwah Adalah Satu Seni

بسم الله الرّحمن الرّحيم


Salam Mahabbah buat semua sahabiah disini .
Erm tiba-tiba rasa happy semacam je hari ni.
Mungkin salah satunya sebab tidak ada kelas,maybe.
Tapi,rasanya bukan sebab itu la.
Pagi tadi ana buka email sebab nak check kerja 
assignment(project) tapi 
email lain yang dapat.
Email dari I LUV Islam
Habis kenapa dengan email tu ?



Sebenarnya ana langsung tak terfikir sangat untuk bagi karya 
ana kat I luv Islam.
Yela,sebelum ni ana tak pandai nak berpuisi ke apa just
untuk saja-saja post kat blog.
Then bila ana buka website I luv Islam,
terdetik rasa nak hantar karya tu bila lihat
ramai yang buat cerpen,puisi, atau tazkirah dakwah.

Insyallah,ini sebagai satu permulaan buat ana dalam bidang 
penulisan.Sekiranya kita hendak menyampaikan dakwah
tidak semestinya dengan ucapan semata-mata.Banyak lagi jalan alternatif lain yang kita boleh sumbang contoh melalui lukisan,nasyid,penulisan dan sebagainya.Jadikan kemudahan teknologi sekarang sebagai medium untuk kita berdakwah dan 
ambil positif dengan kemudahan sekarang.Jangan kita jadikan laman sosial,blog dan lain-lain tempat kita jadi bahan fitnah kepada orang ramai.
Betulkan semula niat kita 
ikhlas kerana Allah swt.

We also can say :
"DA'WAH IS ONE OF THE ART"


Sesiapa yang sudi untuk baca karya ana boleh la lihat di sini iluvislam.
Maaf sekiranya ada sebarang kekhilafan berlaku.
Kita semua belajar daripada kesilapan bukannya buat 
sesuatu terus jadi or perfect.

Sebelum ana akhiri tinta penaku hari ini
Cuba renungkan kembali ke dalam hati-hati yang masih bernyawa.
Dimana Allah di hati kita andai hati penuh dengan kemaksiatan.




Jazakallah khairan kathiran (^_^)

Tangisan Gaza

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Mahabbah buat semua sahabiah disini =)

Alhamdulilah kerana masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.
Sebelum tu,ana ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1434 hijriah.
Di saat masuk tahun baru,seperti yang kita tahu telah bermula kembali pertumpahan darah di Gaza.
Terkini angka kematian tersebut meningkat kepada 116 orang termasuk sejumlah wanita dan kanak-kanak.
Ya Allah,bantulah mereka untuk menghancurkan Israel laknatullah.Mohon kepada seluruh umat Islam berdoa bagi saudara-saudara kita di sana dan bantulah mereka yang memerlukan pertolongan.

Bagaimana cara kita menolong mereka?

1) Doa (senjata orang mukmin)
2) Ayuh ! kita boikot barangan Israel
3) Memberi bantuan atau derma




Dalam sabda Rasulullah SAW: "Umat-umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan yang terhidang di dalam hidangan mereka"
Para sahabat bertanya:" Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:" Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu"
Para sahabat bertanya:" Apa itu wahan wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:"Cintakan dunia dan takutkan mati"

Allahurabbi  :'( 
Di manakah tahap kita sekarang.Adakah kita termasuk golongan orang yang cintakan dunia dan takutkan mati.
Sama-samalah kita muhasabah.
Kalau benda-benda yang kecil pun kita tidak dapat nak bantu mereka apatah lagi nak pergi berperang bersama mereka disana.Tapi mereka tidak mengharapkan kita untuk turun berjihad
di medan perang,cuma memerlukan doa dan sokongan daripada
kita.


Sahabat-sahabat lihatlah keadaan saudara-saudara kita di sana,
sangat menyentuh hati.

syahid yang tidak mengenal usia


Mereka yang kehilangan ibu bapa
Syurga menantimu di sana

Bacalah doa ini,semoga ALLAH s.w.t memakbulkan doa kita semua

  Semoga semua dalam redhaMu

Takbir 3x ! Allahuakbar 3x !

P/s : Jadilah kita insan yang bersyukur bukan kufur di jalan ALLAH.


Jazakallahu khairan kathiran