Pages

Tempahan buku 'JUTAWAN HARAKI'

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum sahabat-sahabat,di sini saya ingin membuat jualan promosi buku 
"Jutawan Haraki" dengan harga yang RM10 (x termasuk harga pos) sahaja berbanding harga di pasaran RM38/RM40.Oleh itu,sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini tempah sekarang.Jom sahabat-sahabat tingkatkan ilmu ekonomi untuk memperkasakan lagi ekonomi umat ISLAM.

~MAJU DEMI ISLAM~


"JUTAWAN HARAKI"

"Penyelesaian Ekonomi Ummah"

Penulis: Us Nor Azman Mohd Yaakub


Buku "JUTAWAN HARAKI" : Penyelesaian Ekonomi Ummah" ini bukan sekadar buku bacaan biasa sahaja. Ia adalah PELAN BERTINDAK bg menjayakan JIHAD EKONOMI yg diperjuangkan. 


Kenapa anda perlu kepada buku ini :

  • Panduan asas yang lengkap bg memahami tasawwur Islam secara umumnya.

  • Memahami prinsip-prinsip asas ekonomi dan perniagaan dalam Islam bagi memberi gambaran yang tepat tentang kedua-dua bidang ini.

  • Di akhir setiap bahagian buku ini disertakan borang refleksi diri bagi memantapkan kefahaman serta sebagai agenda bertindak kepada pembaca.

  • Penuh dgn panduan, petua, formula dan motivasi yg berharga kepada umat Islam (mengapa umat Islam perlu jadi jutawan, petua menjadi kaya, petua pengemis, formula jutawan 'killer approach', strategi pemasaran cara Rasulullah SAW, 50 dalil mesti terlibat dgn perniagaan dan banyak lagi).

  • Disertakan modul pembangunan perniagaan dan modul pembangunan modal insan sbg praktikal terhadap segala ilmu dan teori yg telah dibahaskan.

  • Membongkar rahsia siapakah "JUTAWAN HARAKI", bagaimana sifat-sifatnya, siapakah "role model" nya, bagaimana peluang anda untuk menjadi Jutawan Haraki dan bnyk lagi.


  • Dan apa yg pntgnya ialah setiap pembelian buku ini akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT kerana membantu menjayakan Jihad Ekonomi di samping berpeluang mendapat ganjaran dari sistem perniagaan kami.

        




         

Harga di pasaran= RM38 

Tetapi kami hanya menjual dengan harga RM10.


Kepada sesiapa yang berminat untuk tempah buku ini boleh contact number
 013-4322408 
atau 
email kepada mutiaraqasehilahi92@gmail.com

Sebarang pertanyaan boleh berhubung nombor di atas atau email.

Syukran :)

 Jutawan Haraki Pemacu Khalifah Iqtisodi 

Sandiwara Aku (^_^)

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menitis

Alasanku seringkali ku cipta
Alasanku seringkali ku ubah
Ku anggap mereka seakan tak tahu
Sandiwara apa yang telah aku lakukan kepadanya

Jujurlah sahabat aku tak mengapa
Biar semua fikir apa yang ingin difikirkan
Jika nanti aku yang harus berdiam
Ku terima walau ia pahit buatku

Mungkin ini jalan yang aku mau
Mungkin ini jalan yang aku inginkan
Ku anggap mereka seakan tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, biar aku saja yang tahu

Jujurlah sahabat aku tak mengapa
Biar semua fikir apa yg harus difikirkan
Jika nanti aku yang harus berdiam
Ku terima walau ia pahit buatku

Jujurlah sahabat aku tak mengapa
Biar semua fikir itulah aku tapi tak mengapa
Jika nanti aku harus pergi meninggalkanmu
Ku terima asal ia adalah yang terbaik
Ku terima demi Islam yang tercinta




#Maaf  lirik ni hanya di ubahsuai dari lagu sandiwara cinta,mungkin ada yang tak paham maksud yang tersirat...tapi it's okay juz ignore ! (^_*)

Ayat Muhasabah

بسم الله الرّحمن الرّحيم



Ayat muhasabah diri..

♧♤♧ ♬♪ ♭♫♪ﻬ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan..” (Surah al-Hasyr 59: ayat 18)


 “Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian.”(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)






Hasbunallah Wani'mal Wakeel

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Tidak mengira siapakah aku di sini,
aku hanyalah insan yang biasa yang tidak lepas daripada melakukan dosa.
Ya Allah,kurniakanlah ketenangan dari sisiMu
Ya Allah,aku memohon berikanlah aku petunjuk
yang mana dapat mendekatkan aku denganMu.
Sesungguhnya ku amat merinduiMu dan kekasihMu Rasulullah s.a.w.
Ku rindu untuk bertemu denganMu dalam tahajudku
Ku rindu untuk meluahkan perasaanku ini dalam doaku
Ku rindu untuk menitiskan air mata kerana  terlalu merinduiMu
Ya ALLAH,ampunilah hambaMu ini yang semakin hari
semakin jauh dari mengingatiMu kerana sibuk dengan hal keduniaan
sehingga lupa untuk meluangkan masa untukMu.
Ya Rabb,bantulah hambaMu ini,
Segala apa yang Engkau tentukan itulah yang terbaik.
Kerana aku tahu tiada yang lebih indah
melainkan hanya Keredhaan dariMu.
Sekiranya inilah perjalanan yang Engkau aturkan untukku
Ku mohon permudahkanlah ia untukku menghadapinya.
Kadang-kadang kesusahan itu menyedarkan kita
supaya kita menjengah kembali yang hidup ini 
bukanlah mudah tanpa pertolongan dari Yang Maha Esa.
Muhasabah diri !


Cukuplah Allah bagiku 

Apabila kita meletakkan ALLAH segala-galanya,insyallah ALLAH akan membantu hamba-hambanya yang sentiasa bergantung harap denganNya.


 حسبنا الله ونعم الوكيل


Nota kaki :
Sentiasalah mengingati ALLAH dan Rasulullah s.a.w walau sesibuk mana pun kehidupan kita seharian.


Jazakumullahu khairan jazakk  :)








ISLAM & IMAN

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum w.b.t

Lama sudah tak update blog,tuan empunya blog ni entah apa terjadi sampai
dah berbulan blog ni terbiar.Walau apapun,alhamdulilah masih diberi kudrat untuk 
mencoret di sini.
Hidup kita ni semakin hari semakin sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga kita lupa untuk
 
untuk berterima kasih dengan ALLAH S.W.T dengan mensyukuri nikmatNya.Adakah kita sedar nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita?Ia bukan sahaja nikmat yang sentiasa dinilai oleh manusia iaitu nikmat kesenangan,kesihatan,bahkan juga nikmat IMAN yang sentiasa menyakini ALLAH itu sebagai pencipta.Ramai orang ISLAM tapi tidak semua yang Islam itu ada iman dalam hatinya.Islam tanpa iman tidak membawa erti apa-apa kepada seseorang itu dan juga sebaliknya.Seperti yang kita tahu,ada rukun iman dan juga rukun islam yang mana saling memerlukan antara satu sama lain.Islam tanpa Iman umpama pokok mati tidak hidup manakala Iman tanpa Islam bagaikan roh yang tiada jasad.




Mereka yang tiada iman biasanya mereka hilang rasa malu.Seseorang muslim itu akan ada rasa malu bila

ada iman dalam hatinya.Mereka merasa malu untuk berbuat perkara yang mendatangkan dosa 

padanya.Tapi kini manusia di akhir zaman merasa bangga dengan perbuatan melakukan dosa.

Itulah bahana bila hilang sifat malu. Padahal, orang yang kehilangan rasa malu, laksana kehilangan air kehidupannya.

Mengapa rasa malu kian pudar dalam diri seseorang? Ia disebabkan rasa takut terhadap azab Allah kian menipis. Yang menjadi ukuran baik dan buruk adalah manusia, bukan Allah.

Padahal Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita agar benar-benar menjaga rasa malu kepada Allah SWT untuk menuju jalan ke syurga.

Jalan manusia ke syurga akan terhambat saat tidak dapat menjaga rasa malunya.

Rasulullah bersabda, “Malulah kalian pada Allah dengan rasa malu yang sesungguhnya. Jagalah kepala dan yang ada padanya. Jagalah perut dan apa yang dikandungnya. Ingatlah kematian dan ujian. Maka barang siapa yang melakukan itu, balasannya adalah Syurga Ma’wa.” (Hadis Rriwayat At-Thabrani)

Hadis itu memerintahkan kita untuk menjaga rasa malu dengan menjaga kepala dan anggota. Malunya mata tergambar ketika dapat menahan melihat sesuatu yang diharamkan agama. 
Malunya telinga ketika dapat menahan dari bisikan syaitan. Malunya mulut ketika dapat menahan daripada ghibah dan fitnah.

Oleh itu,jagalah nama baik Islam jangan sampai Islam tercemar dek  kerana perbuatan kita,jangan sampai orang bukan Islam tersalah anggap dengan ISLAM sehingga mereka membenci Islam.Jadikanlah kehidupan sebagai seorang muslim sebagai panduan kepada mereka yang tidak kenal apa itu ISLAM.

Disini ada cebisan lirik yang yang menggambarkan iman :

iman adalah mutiara... 
di dalam hati manusia... 
yang meyakini ALLAH 
Maha ESA... Maha KUASA...

tanpamu iman bagaimanalah... 
merasa diri hamba padaNYA... 
tanpamu iman bagaimanalah... 
menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa...


iman tak dapat diwarisi... 
dari seorang ayah yang bertaqwa... 
ia tak dapat dijual-beli... 
ia tiada di tepian pantai...

walau apapun caranya jua... 
engkau mendaki gunung yang tinggi... 
engkau berentas lautan api... 
namun tak dapat jua dimiliki... 
jika tidak kembali pada ALLAH...


Nota kaki : Jagalah iman dalam hatimu dan berdoalah supaya ALLAH sentiasa tetapkan IMAN dan ISLAM sehingga di akhir hayat. 

# 1 THURSDAY

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Firman Allah S.W.T :
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.
(Surah al-baqarah ayat 212)






:::KETULUSAN:::

بسم الله الرّحمن الرّحيم


✿ seperti AKAR yang gigih mencari air, menembus tanah yang keras demi sebatang pohon. Ketika pohon tumbuh, berdaun rimbun, berbunga indah, menampilkan elok pada dunia dan mendapat pujian, akar tak pernah iri, ia tetap sembunyi dalam tanah. Itulah makna dari sebuah KETULUSAN







Apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan IKHLAS ia dapat menyucikan hati kita daripada sifat riak,ujub,takabbur dan sifat-sifat mazmumah yang lain...

::Khutbah Rasulullah~Pemimpin Yang Menyesatkan ::


بسم الله الرّحمن الرّحيم


Thauban menceritakan ,Rasulullah SAW bersabda :

"Perkara yang paling aku bimbang terhadap umatku ialah 
pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.Sekiranya diacukan pedang 
kepada umatku,ia tidak akan terangkat sehingga hari kiamat.
Hari kiamat tidak akan tiba sehingga pelbagai kaum
daripada kalangan umatku bertemu orang musyrik,sehingga 
beberapa kaum daripada umatku menyembah berhala.

Akan muncul di pertengahan umatku 30 pendusta yang
mengaku sebagai nabi.Aku adalah penutup semua nabi,
tidak akan ada seorang nabi lain selepasku.
Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku 
yang berada pada kebenaran.
Orang yang menentang meraka tidak akan 
memudaratkan sehingga datang ketetapan ALLAH s.w.t,
sedangkan mereka tetap seperti keadaan itu."

Ali bin al-Madani berpendapat,golongan yang dimaksudkan
ialah golongan ahli hadis.


  • Rasulullah sangat bimbang sekiranya pemimpin itu sesat daripada agama Islam.Hal ini kerana,apabila pemimpin yang berkuasa dan berpengaruh tersalah jalan ,dia juga akan mendesak atau mempengaruhi orang ramai mengikutnya ke jalan yang salah.

  • Setiap rakyat wajib menentukan pemimpin yang dipilih adalah mereka yang berpegang teguh pada agama ALLAH s.w.t..


      So,buatlah pilihan yang tepat semasa mengundi.Jangan kerana 
duit semata-mata dan kesenangan dunia membuatkan seseorang itu
tersalah membuat pilihan.Pilihlah
pemimpin yang boleh memimpin umat Islam ke 
arah jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t
dan takut kepada ALLAH s.w.t,
bukan pemimpin yang berjiwa rakyat.
Kalau hendak di ikutkan semua jiwa rakyat,
habislah musnah umat Islam.

Allah berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 57.
Bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman

Ini menunjukkan satu ejekan kepada agama Islam.
Bab solat pun boleh buat mainan dalam bacaan..Allahurabbi
Bertaubatlah sebelum terlambat...




Pilihlah pemimpin yang layak untuk memimpin Islam


Note : Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi yang tepat dalam membuat pilihan..Moga ALLAH redha..





 ::::: PAS FOR ALL :::::






:: La Tahzan Innallaha Ma'ana ::

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat tercinta,
alamaakkkk ! dah sebulan lebih blog ni tidak ber'update'.
tapi di pagi jumaat pada jam menunjukkan 
pukul 4.15 pagi.
Hati ini rasa nak mencoret sesuatu di blog bukan hanya
di Facebook.Rindu kat blog mulai terasa selepas membaca blog sahabat yang lain.
Hah,baru teringat kat blogku yang comel ni   =_=\/ PEACE ! 
(terperasan jap..ermm)
-----------------------------------------------------------------------------------

Astagfirullahal azim ~
Sebenarnya ana nak kongsikan perasaan ana dengan sahabat-sahabat
 yang sudi membacanya  di sini.Maaf ya ini mungkin ada sahabat mengalami 
perasaan yang sama seperti yang ana rasai.
Setiap ketika ana berada dalam kalangan orang yang bukan satu
Fikrah dengan ana,hati ini rasa tidak tenang
Sentiasa ditemani rasa gelisah,berkeseorangan kerna tiada sesiapa
Yang ana rasakan untuk berkongsi cerita.
Mereka masing-masing sibuk dengan urusan mereka sendiri.
Ya sememangnya begitulah kita
Apabila seorang pelajar ingin mengulangkaji pelajarannya,
Menyiapkan assignment dan kerja-kerja lain.
Tapi jangan jadikan alasan ‘busy’ sebagai modal untuk kita
Tidak berpeluang mencari masa bersama PENCIPTA kita.


Lama-kelamaan perasaan ini semakin parah 
Apabila ia tidak diubati dengan peringatan-peringatan dari
ALLAH iaitu yang menjadi wasilahnya ialah
Sahabat yang baik
Sahabat yang sefikrah 
Sahabat yang mempunyai masa untuk bersama dengan kita semua
Ketika senang dan susah
Merekalah yang menjadi penawar 
Kepada segala perasaan gelisah tadi.
Ya ALLAH,hebatnya pencaturanMu
Terhadap hamba-hambaMu yang lemah.
Syukur,alhamdulilah !
Kerna Engkau telah menghantar mereka untukku
Sepanjang berada disini walaupun 
Pernah berpisah seketika dalam jangka masa yang singkat.
Namun kami bersatu kembali
Atas ketentuanMu.

Allah berfirman dalam surah Al-Imran  ayat 139,
Mafhumnya :


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA




# kalau nak cari sahabat,carilah sahabat yang suka ke masjid,Insyallah di situlah
kamu akan berjumpa mereka yang baik-baik(soleh & solehah)..



Note : Ingatlah Allah yang memberi kita kekuatan bukan orang lain atau diri kita    sendiri,mereka hanya sebagai wasilah dalam menunjukkan kebenaran dan berpesan-pesanan untuk yang lain.