Pages

IMAN VS HATI

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Ramadhan buat semua umat Islam
terutamanya kepada sahabiah yang mengenali diri ini.



where are you put the "IMAN" ?
so please asking your HEART
then,you will get the answer.

IMAN ibarat akar pokok
yang menjadi tunjang kepada asas ISLAM
sekiranya tunjang itu tidak kuat
maka senanglah pokok itu tumbang
sama juga seperti sekeping HATI
sekiranya hati itu busuk
maka busuklah seluruh anggotanya
sekiranya hati itu baik
maka baiklah seluruh anggotanya
HATI merupakan raja dalam tubuh kita
kerana setiap tindak-tanduk kita
dipandu olehnya.

Abu Hurairah berkata : “Hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para prajuritnya. Apabila raja baik, maka baik pulalah para prajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk pulalah para prajuritnya”.

Sabda Rasulullah S.A.W :“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)


p/s:
Berdoalah kepada yang Maha Esa supaya menetapkan hati-hati kita 
agar sentiasa bersama  menegakkan ISLAM..Insyallah :)


Jazakallah kairan ! 

PertunanganKu dengan ???

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Mahabbah !
Salam Seperjuangan !



Di saat aku dirisik olehNya
Aku seperti kanak-kanak kecil yang tidak mengenal apa-apa
Ketika itu aku hanya tahu mengikut kehendakku sendiri
Keputusanku bergantung pada apa yang kurasa terbaik
Lalu aku menerima risikan tersebut
Tanpa ada rasa keraguan di hati
Setelah beberapa bulan.....
Aku berada di satu tempat
Bagiku tempat itu ibarat satu taman syurga
Yang dihiasi dengan kehijauan pokok-pokok
Dan terbentang sebidang sawah disekelilingku
Di tepi pula ada sebuah tasik yang menjadi
tempat ikan-ikan bersuka-ria
Ooh ! Alangkah indahnya di saat itu
Pada hari itu
Di situlah tempat aku 
mengikat satu ikatan perjanjian
Yang mana pada saat itu 
aku tidak lagi seperti anak-anak kecil
yang hanya mengikut kehendak hati semata-mata
Kerna aku tahu biasanya syaitan akan mempengaruhinya
Tapi ia bertunjangkan satu kefahaman
Sekiranya aku tidak ada persefahaman di antaranya 
Dan diiringi dengan kehendakNya
Mungkin aku tidak lagi berada di sini
untuk melafazkan suatu janji setia
Di saat aku melafazkan janji 
Manik-manik jernih mengalir di pipiku
Dengan diiringan satu perasaan yang berdebar-debar
Hatiku mengatakan 'insyallah' ini pilihanku
Ini adalah yang terbaik untukku
Kemudian,setelah selesai majlis tersebut
Aku bersyukur kepadaMu Ya ALLAH
Kerna Engkau telah memilihku untuk berada
dalam perjuangan ini
Aku berharap selepas ini ALLAH akan 
sentiasa memelihara,menjaga hati-hati
supaya ISTIQAMAH dalam perjuangan
Inilah hari yang sangat bermakna buatku
Setelah aku bertunang dengan
SEBUAH PERJUANGAN !
Semoga ALLAH memakbulkan doa-doa 'Ansorullah'           
di medan perjuangan kelak..
Seterusnya,perkahwinan akan berlangsung apabila
aku SYAHID di jalanMu Ya ALLAH
Pada saat ini ia menjadi suatu tarikh rahsia
yang hanya ALLAH Maha Mengetahui
Di saat itu aku berharap dapat 
bertemu dengan "Rabbi" atau Khalidku
Insyallah,doakan aku sahabat-sahabat seperjuangan 
Semoga sepanjang tempoh pertunanganku 
mendapat Mardhotillah dan menetapkan hati ini untuk selama-lamanya  (^_^)




"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" (surah Al-Anfaal ayat 60)




Indahnya apabila kita Berbaiah dengan ALLAH s.w.t
Tapi ingat ! apabila kita berbaiah
Selama-lamanya kita berjanji dengan ALLAH s.w.t
akan taat setia dengan ALLAH s.w.t
Sekiranya kita mungkir janji
Pasti azab ALLAH s.w.t balasanNya

Andai saja perjuangan itu manis sudah tentu 
ramai orang yang akan bersamanya
Tetapi hakikatnya perjuangan itu pahit 
Kerana kepahitan itulah yang akan menjadi
 penawar kepada kita sebagai "JUNDULLAH"

TAKBIR 3X !
Allahuakbar 3x !


FOOT NOTE:
Dalam sebuah perjalanan..mencari erti makna sebuah perjuangan,
pengorbanan dan ketulusan hati dalam menggapai redha ALLAH s.w.t

Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Ramadhan Al-Mubarak 。^◕‿◕^。



10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.Antaranya ialah:

1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syiar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


Dalam surah Al-Hujurat ayat 2 dan 3, ALLAH s.w.t berfirman :

 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.





8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.


10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM


Jazakallahu khairan kathiran ~~