TANDA-TANDA KEMATIAN YANG BAIK

Assalamualaikum w.b.t  kepada semua makhluk yang dikasihi Allah sekalian..
Pada entri kali saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang berkaitan dengan tanda-tanda kematian yang baik dan dalam bahasa arab dipanggil ‘husnul-khatimah’.Kita dapati banyak nas-nas yang terdapat di dalam al-quran atau hadis menceritakan tanda-tanda kematian.Antara nas yang  jelas tentang tanda-tanda kematian yang baik iaitu;

1.Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah s.a.w;

     الجَنَّةَ دَخَلَ اللَّهُ إِلاَّ إِلهَ لا كَلامِه آخِرَ كَان مَنْ 
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar r.a. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya sahih.) 

2. Berpeluh di dahi
Sabda Rasulullah s.a.w;

الْجَبِيْنِ بِعَرَقِ يَمُوْتُ اَلْمُؤْمِنُ

“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah r.a Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah sahih. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulama’ ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulama’ pula berkata; orang mukmin tidak terlepas daripada merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi s.a.w bersabda;

“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya roh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun roh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya roh keldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud r.a. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112).)
3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh


Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)


p/s:kita sebagai hamba ALLAH s.w.t jangan sesekali kita lupa akan kematian yang telah ditakdirkan oleh ALLAH s.w.t,sesungguhnya orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa ingat akan kematian...

No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS