Pages

Last post untuk tahun 2011 !

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualiakum w.b.t

Alhamdulilah ter'update' jugak blog ni setelah sekian lama menyepi..ehem2! sebenarnya tak tahu nak post apa,klu ikutkan hati memang banyak nak post tapi disebabkan masa tak mengizinkan,yelaa kan sekarang ni musim final exam untuk mahasiswa/i kat universiti...Tapi nak jugak update buat terkali kalinya bagi tahun 2011 yes~(taon depan dah msuk 20 taon..uwaaaaa)

Eh,lupe nak tanya kawan-kawan yang nak FINAL exam camne persiapan? dah ready ke blum?mesti la korang semua dah ready kan lebih-lebih lagi yang blik study week kat rumah tu..ahakz ! Ok,walaupun dimana anda berada mesti korang dh study punyer RIGHT???hmm tak macam sorang ni suke sangat study last minit dari dulu sampai skarang..sape tu??faham-faham je la erk,jangan banyak tanye pssttt!

Sebelum tu nak tanye sape minat math?ekekee~Nah tengok penyelesaian math kat bawah ni..ahakz!

          
Equati0n 1~study = n0 fail                                                     Equati0n 2~n0 study = fail                                                     Equati0n 1+2~study +n0 study = n0 fail + fail                Fact0rize~study(1+n0)=fail(n0+1)                                         THUS,answer: study=faiL ....                                                                                                                                      
     
  Hee it's juz joking...(please don't try okay)


Senang la jugak kan kalau final exam kuar soalan camni :)
Ok lah kepada kawan-kawan yang kat luar sana ataupun yang kenal dengan owner blog ni,saya  mintak maaf diatas segala kesalahan,kesulitan,terkasar bahasa dan yang tersinggung dengan kelakuan atau sebagainya...sebelum tu ALL THE BEST bagi kawan-kawan yang bakal menduduki final exam untuk sem ni....

p/s:Semoga berbahagia di tahun baru dengan azam baru,apa yang dah berlalu biarkan ia jadi        
'guideline' untuk kita pada masa hadapan,yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...PEACE (\/)

Smile always :)


Wallahu'alam

Malaikat Maut Menziarah Manusia 70 kali sehari

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!



Dalam Al-Quran ada menyatakan:

 Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?   (surah An-Nisa' ayat 78)


Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yang Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI
Sentiasalah merenungi hari kematianmu kelak..


Wallahu'alam



sumber:klik sini
ASSALAMUALAIKUM W.B .T

Entri kali just nak share ungkapan atau kata-kata hikmah untuk sama-sama kita dapat manfaat daripada kata-kata tersebut dan dapat dipraktikan dalam kehidupan kita seharian,insyALLAH !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~MAY ALLAH BLESS U ALL...AMEEN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanda orang yang bijaksana ialah ikhlaskan hati  Lidahnya Selalu Basah DenganZikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap PerkaraYang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
mencari keikhlasan di hati

p/s:InsyALLAH cuba kita ikhlaskan diri untuk menerima sesuatu walaupun kita tidak menyukainya,dan bukan senang untuk kita menjaga tutur kata kita kadang-kadang ia menyakiti orang lain,mata kita biarlah menangis kerana Allah bukan sebab cinta atau duniawi dan kemudian sabar dalam menghadapi apa-apa dugaan yang ALLAH bagi.Kita sebagai orang Islam sekiranya ditimpa musibah,jadikan ia sebagai PAHALA tetapi orang yang bukan Islam menganggapnya sebagai BALA.

wallahu'alam >)




Kenapa hati tidak tenang??

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulilah kerana hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi yang penuh berkah ini.Maaf kerana sudah lama blog ni tidak ber'update' kerana kekangan masa yang sibuk dengan assigment dan macam-macam lagi.Kadang-kadang bila kita sibuk dengan kerja kita dan banyak urusan lain yang perlu kita laksanakan,hati kita ni sentiasa diselubungi rasa tidak tenang dan gelisah.Mungkin ini kerana kita terlalu banyak memikirkannya sehingga kita lupa tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t.Sebab hati tidak tenang ialah adanya sifat mazmumah dalam hati.Antaranya ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak-bawak lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin..pasal semua org ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Dalam al-Quran ada menyatakan:"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."(surah Al-Baqarah ayat 10)

<3 Wallahu'alam <3