Pages

RAHSIA WAKTU SOLAT DENGAN PERUBAHAN ALAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup di muka bumi ini..namun jangan sesekali kita lupa siapa yang berkuasa menghidup dan mematikan kita selain daripadaNya ALLAH s.w.t..

Entri kali berkenaan rahsia setiap waktu solat yang kita kerjakan sebanyak 5 kali sehari,subuh,zuhur,asar,maghrib dan isyak.Tetapi terdapat juga solat-solat sunat seperti solat dhuha,qiamulail,dan sebagainya.Tahu tak yang waktu solat sebenarnya ada kaitan dengan perubahan warna alam??antara contoh waktu-waktu solat ialah;

1) Subuh


Pada waktu subuh alam akan bertukar warna biru muda yang mana berkaitan dengan frekuensi tiroid yang dapat mempengaruhi sistem metabolisma badan manusia.Oleh itu,pada waktu subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan penawar,rezeki dan komunikasi.Seseorang yang sering meninggalkan waktu subuh atau melewat-lewatkan waktunya secara berulang kali dalam hidupnya,mereka akan menghadapi masalah yang berkaitan dengan komunikasi seharian atau rezekinya.Hal ini kerana ketika alam berwarna biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum(secara serentak) contohnya ketika jaga daripada tidur.Semasa azan subuh dilaungkan,tenaga alam berada pada tahap optimum.Oleh itu kita disarankan menunaikan solat di awal waktu untuk mendapatkan tenaga yang cukup.Ketika rukuk dan sujud,tenaga akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan .Seseorang yang terlewat subuhnya tidak akan mendapat tenaga yang secukupnya..


2)Zuhur


Pada waktu pagi(waktu dhuha) alam berubah ke warna hijau dan apabila masuk waktu zuhur alam berubah warna kuning.Spektrum warna ini memberi persamaan dengan frekuensi perut dan hati yang mana berkaitan dengan sistem penghadaman.Selain itu,warna kuning  juga terdapat rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang.Oleh itu,apabila seseorang yang tidak menunaikan solat atau lewat solat secara berulang-ulang kali dalam kehidupannya,maka hidupnya akan menghadapi masalah sistem penghadaman atau hilang sifat ceria..

3)Asar


Pada waktu asar pula warna berubah kepada warna oren.Spektrum warna oren bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yang berkaitan dengan sistem reproduktif manusia.Selain itu,warna oren juga berkait dengan kretiviti seseorang.Mereka yang meninggalkan dan melewat2kan solat asar akan hilang daya kretivitinya dan mempunyai masalah berkaitan dengan sistem reproduktif mereka.

4) Maghrib


Ketika waktu maghrib alam berubah ke warna merah,dan pada waktu ini kita disarankan untuk tidak berada diluar rumah.Hal ini kerana spektrum warna merah merupakan waktu yang menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna iblis dan jin sangat bertenaga kerana ketika itu mereka resonan dengan alam.Mereka yang dalam perjalanan seelok2nya berhenti dahulu pada waktu itu untuk mengelakkan pembelauan berlaku yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu maghrib ialah keyakinan,pada frekuensi otot,saraf dan tulang..

5)Isyak


Pada waktu ini alam berwarna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.Rahsia pada isyak ialah ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap meninggalkan solat isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.Ketika alam berada dalam kegelapan,saintis barat ada menyatakan inilah waktu tidur yang paling sesuai(waktu tidur dalam Islam).Pada ketika ini tubuh badan kita akan berada dalam keadaan rehat.Selepas waktu tengah malam,alam mula bersinar kembali kepada warna putih(qiamulail) yang ada bersaman dengan frekuensi kalenjar pineal,pituitari,thalamus,dan hipothalamus.Waktu alam yang paling baik ialah warna putih(qiamulail) kerana ketika ini terdapat suatu udara yang berlegar-legar di atmosfera.Udara ini hanya akan dapat pada waktu itu sahaja.Mereka yang bangun untuk qiamulail sahaja akan mendapat udara segar itu.Dan mereka akan diberi kelebihan pada kekuatan lidah.Maksudnya disini apabila bercakap orang akan mendengar kata-kata kita dan percaya dengan apa yang disampaikan tanpa ragu2..

p/s:berdasarkan waktu2 solat dengan rahsianya yang tersendiri,marilah kita sama-sama muhasabah diri kita.adakah kita sentiasa solat pada awal wktu??walau apapun kerja kita perlu solat terlebih dahulu dan tinggalkan dulu kerja2 laen.. kadang2 syaitan sentiasa melekakan kita dengan perkara2 yang laen sehingga kita lewat solat dan sebagainya..

sekian,Waalaikumussalam(^_^)






1 comment:

jejak terbaik SNS