ALAM BARZAKH

Assalamualaikum w.b.t buat smua,


Sebenarnya ni tajuk yang nk dibentangkn dalam kelas agama tapi xsempat nk buat coz ustaz busy memanjang je,so ad dua group yg tak sempat nk 'present',aha!
Tapi walau apa pun nk jgk present tpi bkn depan ustaz laa..hee~
Kat sini saya nak post isi-isi penting je yang selebihnya carik sendiri yea!


Dalam satu hadith disebut, kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-quran. Alam Barzakah menakutkan kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya.


Setiap alam ada problemnya, termasuklah Alam Barzakh. Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama. Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus. Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka. Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya. Dalam hadith yang lain pula, sesiapa yang meninggal dunia, maka tertegaklah hari kiamatnya” (kiamat kecil).


Antara golongan yang disiksa dengan azab kubur ialah :


1. mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir (kerana akidah mereka tidak betul)
2. mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya
3. mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba),
4. mereka yang tidak membersihkan air kencingnya


Rasulullah SAW bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat. Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam
Ahmad)


Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar ,adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana sukamengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta sati pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering “.( HR Bukhari dan Muslim )


Orang Islam yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha atau cukup bilangannya) akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.
Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.


Sedekah membantu di Alam Barzakh ,dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda, banyakkan sedekah kerana ia menyejukkan Alam Barzakh kerana Alam Barzakh itu panas.Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang Mukmin kelak dihari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.(HR Thabrani dari Uqbah Bin ‘Amir r.a.).Selain siksaan terdapat juga nikmat di alam Barzakh, ada orang yang tidur sahaja, ada yang bersembahyang, ada yang membaca Quran.


Kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh (70) hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya, kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Maka ia berkata: “Bolehkan aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan perihal kebaikanku keadaanku?” Dua malaikat itu berkata kepadanya “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan oleh ahli keluarga yang mengasihinya“. Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringan itu.Ada orang yang semasa hidupnya di dunia banyak bersembahyang. Semasa di Alam Barzakh juga dia meminta untuk bersembahyang. Mereka asyik sembahyang hinggalah tiba hari kebangkitan semula.Ada juga yang didatangkan bidadari dari syurga untuk menemani mereka di Alam Barzakh. Mereka usik-mengusik hingga tercabut mutiara dari leher bidadari. Kemudian mereka asyik mengutip mutiara yang terjatuh itu dan sehinggalah tibanya hari dibangkitkan semula.

No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS