Pages

Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Ramadhan Al-Mubarak 。^◕‿◕^。



10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.Antaranya ialah:

1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syiar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


Dalam surah Al-Hujurat ayat 2 dan 3, ALLAH s.w.t berfirman :

 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.





8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.


10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM


Jazakallahu khairan kathiran ~~

No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS