Pages

::Khutbah Rasulullah~Pemimpin Yang Menyesatkan ::


بسم الله الرّحمن الرّحيم


Thauban menceritakan ,Rasulullah SAW bersabda :

"Perkara yang paling aku bimbang terhadap umatku ialah 
pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.Sekiranya diacukan pedang 
kepada umatku,ia tidak akan terangkat sehingga hari kiamat.
Hari kiamat tidak akan tiba sehingga pelbagai kaum
daripada kalangan umatku bertemu orang musyrik,sehingga 
beberapa kaum daripada umatku menyembah berhala.

Akan muncul di pertengahan umatku 30 pendusta yang
mengaku sebagai nabi.Aku adalah penutup semua nabi,
tidak akan ada seorang nabi lain selepasku.
Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku 
yang berada pada kebenaran.
Orang yang menentang meraka tidak akan 
memudaratkan sehingga datang ketetapan ALLAH s.w.t,
sedangkan mereka tetap seperti keadaan itu."

Ali bin al-Madani berpendapat,golongan yang dimaksudkan
ialah golongan ahli hadis.


  • Rasulullah sangat bimbang sekiranya pemimpin itu sesat daripada agama Islam.Hal ini kerana,apabila pemimpin yang berkuasa dan berpengaruh tersalah jalan ,dia juga akan mendesak atau mempengaruhi orang ramai mengikutnya ke jalan yang salah.

  • Setiap rakyat wajib menentukan pemimpin yang dipilih adalah mereka yang berpegang teguh pada agama ALLAH s.w.t..


      So,buatlah pilihan yang tepat semasa mengundi.Jangan kerana 
duit semata-mata dan kesenangan dunia membuatkan seseorang itu
tersalah membuat pilihan.Pilihlah
pemimpin yang boleh memimpin umat Islam ke 
arah jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t
dan takut kepada ALLAH s.w.t,
bukan pemimpin yang berjiwa rakyat.
Kalau hendak di ikutkan semua jiwa rakyat,
habislah musnah umat Islam.

Allah berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 57.
Bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman

Ini menunjukkan satu ejekan kepada agama Islam.
Bab solat pun boleh buat mainan dalam bacaan..Allahurabbi
Bertaubatlah sebelum terlambat...




Pilihlah pemimpin yang layak untuk memimpin Islam


Note : Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pengundi yang tepat dalam membuat pilihan..Moga ALLAH redha..





 ::::: PAS FOR ALL :::::






No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS