Pages

Hasbunallah Wani'mal Wakeel

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Tidak mengira siapakah aku di sini,
aku hanyalah insan yang biasa yang tidak lepas daripada melakukan dosa.
Ya Allah,kurniakanlah ketenangan dari sisiMu
Ya Allah,aku memohon berikanlah aku petunjuk
yang mana dapat mendekatkan aku denganMu.
Sesungguhnya ku amat merinduiMu dan kekasihMu Rasulullah s.a.w.
Ku rindu untuk bertemu denganMu dalam tahajudku
Ku rindu untuk meluahkan perasaanku ini dalam doaku
Ku rindu untuk menitiskan air mata kerana  terlalu merinduiMu
Ya ALLAH,ampunilah hambaMu ini yang semakin hari
semakin jauh dari mengingatiMu kerana sibuk dengan hal keduniaan
sehingga lupa untuk meluangkan masa untukMu.
Ya Rabb,bantulah hambaMu ini,
Segala apa yang Engkau tentukan itulah yang terbaik.
Kerana aku tahu tiada yang lebih indah
melainkan hanya Keredhaan dariMu.
Sekiranya inilah perjalanan yang Engkau aturkan untukku
Ku mohon permudahkanlah ia untukku menghadapinya.
Kadang-kadang kesusahan itu menyedarkan kita
supaya kita menjengah kembali yang hidup ini 
bukanlah mudah tanpa pertolongan dari Yang Maha Esa.
Muhasabah diri !


Cukuplah Allah bagiku 

Apabila kita meletakkan ALLAH segala-galanya,insyallah ALLAH akan membantu hamba-hambanya yang sentiasa bergantung harap denganNya.


 حسبنا الله ونعم الوكيل


Nota kaki :
Sentiasalah mengingati ALLAH dan Rasulullah s.a.w walau sesibuk mana pun kehidupan kita seharian.


Jazakumullahu khairan jazakk  :)








No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS