Pages

Bila ajaL menghampiri kita

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang kalau cakap je pasal mati @ meninggal dunia sudah pasti semua orang tak bersedia kan tapi hakikatnya semua makhluk yang bernyawa atas muka bumi ini akan melaluinya tanpa ada yang terkecuali.Apa yang membezakannya adalah masa,ada orang kat dunia ni diberi  umur yang panjang dan umur pendek tapi itu semua telah ditakdirkan oleh Yang Maha Berkuasa.

Kita sebagai orang mukmin sepatutnya bersiap sedia bagi menganbil langkah menghadapi kematian,bukannya berseronok bersuka ria sampai xingat dunia..ni la dikatakan syurga dunia yang membuatkan ramai manusia hanyut,leka dengan keseronokan dunia.Seperti yang termaktub dalam dalam al-quran:

 Firman Allah, “Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.”(Al-baqarah:95)

Dalam ayat di atas ALLAH S.W.T  telah menceritakan gelagat orang-orang Yahudi yang hidup melakukan dosa dan tidak memikirkan sangat soal mati.

kematian yang ditentukam oleh ALLAH S.W.T




Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”

al-quran kalamullah


Dalam hadis ini Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita semua agar selalu mengingat yang memutuskan atau mengalahkan atau menghancurkan kenikmatan, iaitu kematian yang suatu saat pasti akan tiba, bahkan seringkali datang tanpa terduga dan secara tiba-tiba. Ibnu Umah RA berkata : “Aku sedang duduk bersama Rasulullah, maka datanglah seorang laki-laki dari golongan Ansar, lalu ia memberi salam kepada Nabi seraya berkata, ‘Wahai Rasulullah, mukmin yang seperti apa yang paling utama? Beliau menjawab: ‘Yang paling baik akhlaknya.’Ia bertanya lagi, ‘Mukmin seperti apakah yang paling cerdas? Beliau menjawab: “Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik mempersiapkan diri untuk sesudah kematian itu, mereka itulah orang-orang yang cerdas.

Oleh itu,kita sebagai sedara seagama marilah kita bermuhasabah diri kita yang hina ini untuk sama-sama mempersiapkan diri sebelum bertemu denganNya

p/s:akhir sekali,andai kata diri ini ada membuat kesilapan,sila perbetolkan apa yang salah kerana tidak semua manusia sempurna..semoga Allah merahmati kita semua..amiin~

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK===3



1 comment:

  1. Setiap kali fikir pasal mati, mesti takut. Takut sangat. Tapi entah bilalah nak bertaubat ni. Semoga Allah membuka pintu hati ini. Amin.

    ReplyDelete

jejak terbaik SNS