Pages

Tutuplah auratMu !

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dalam AL-Quran ada menyatakan:

" Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".(surah al-a'raaf ayat 26)

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya.  Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman".(surah al-a'raaf ayat 27)



Kenapa perlu tutup aurat??sebernanya banyak hikmah disebalik tutup aurat ni,bukan sahaja dapat pahala tetapi juga dapat menyelamatkan diri kita sendiri daripda fitnah dan sebagainya..

Kalau tengok sekarang ni memang ramai dah yang bertudung tapi still lagi dedah aurat sini-sana..mungkin mereka ingat tutup aurat hanya setakat tutup kepala..kalu setakat nak tutup kepala pakai tudung saji pun boleh,tak payah susah2 nak bli selendang ke apa..

Orang tak tutup aurat biasanya lebih cenderung diusik lelaki,btol tak??yela biasa la lelaki ni MATA KERANJANG,pantang tengok perempuan seksi,cantik mesti terbeliak nak tengok sana sini.(sebab dulu suke buat pemerhatian ni time kat matrik,oppss!)..Biasa wanita yang terjaga auratnya akan terlepas daripada ancaman-ancaman sebegini,dan terpelihara daripada melakukan maksiat.

Sebagai contoh analogi kalu kita diberi peluang untuk memilih makanan yang mana dua2 makanan ini donut:
1)big apple donut yang terdedah tanpa penutup
2)donut biasa tapi terjaga sebab ada penutup
Yang mana satu pilihan terbaik donut 1 or donut 2???

sedapnye! nyumyum..
                                                                  
donut yang biasa
So,mesti la ramai yang akan pilih donut yang biasa je  sebab terjaga kebersihannya berbanding big apple donut walaupun sedap tapi kotor sebab terdedah kepada serangga dan habuk.Begitu juga dengan wanita yang menutup aurat,maruahnya akan lebih terjaga daripada yang tak tutup aurat...

Sama juga dengan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar,allah berfirman:
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."(surah az-zumar ayat 5)

p/s:Ini hanya sekadar sedikit perkongsian daripada saya,semoga dapat memberi manfaat kepada semua..maaf sekiranya ada kekurangan atau kesilapan,harap dapat perbetulkan..

~Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.yang baik berterusan,insyAllah~(ayat akak liqa'ku)



Wassalam(^_~)/\

No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS