Pages

Prasangka baik terhadap orang lain

 
بسم الله الرّحمن الرّحيم


.....كيف حالكم يا الأصدقاء؟اتمنى لكم جميعا صحية جيدة

Opppsss! Asal plak tetibe je keluar arab pulak dah,maaf laa sebenarnya tidak pandai sangat Bahasa Arab ni,kalau ada salah maaf dan betolkan yang tak betol tu,sejak masuk sem 2 ni sepatutnya ada lagi subjek Arab tapi tak tahu kenapa ustaz tak masuk-masuk lagi kelas kami.Kalau ikotkan takwim sem 2 dah nak masuk minggu ke-4..hmm,mungkin ustaz pun sibuk dengan urusan dia yang lain.

Bila cakap pasal betolkan kesalahan yang kat atas tu,teringat pulak pasal semalam kat surau.Alhamdulilah, selepas selesai solat maghrib berjemaah ada pulak tadarus di surau.Selain di surau ada jugak tadarus kat bilik masing-masing.Kami muslimat dibahagikan kepada dua group,satu group ada dalam 10-11 orang.Then kami bahagikan 1 juzuk untuk satu group.Dalam group tu pulak dibaca secara berdua-dua untuk sehelai muka surat.Dan seorang akak cakap “jangan kita malu atau takot nak tegur kesalahan bacaan kawan kita,sama-sama kita perbetolkan mana yang salah”.

Dan satu lagi yang perlu di ingatkan di sini jangan kita cepat bersangka buruk terhadap orang lain tanpa usul periksa sebab biasanya perasaan prasangka buruk ini boleh membawa kita kepada fitnah.Dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh seperti yang terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 191…

Selain itu,Allah s.w.t berfirman :Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain.  Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.(surah Al-Hujurat ayat 12)

Berbaik-baiklah dengan sahabat dan jaga hubungan dengan mereka


Oleh itu,marilah sama-sama kita berdoa supaya kita ini terlepas daripada dosa fitnah dan sebagainya…

(Yaitu) orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka,"(surah Al-Imran ayat 16).

P/S: Bersangka baiklah terhadap orang –orang yang berada di sekeliling sahabat-sahabat dan jangan hanya tahu menilai atau mencari kesalahan orang lain saja bahkan perlu lihat juga dimana kesalahan diri kita dan sama-sama kita bermuhasabah dan berubah ke arah yang lebih baik,insyALLAH….

Sekian,jazakallahu khairan kathiran (^_~)/\peace to you\/

Wallahu’alam.


No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS