KULIAH PENGAJIAN KITAB FIQH AL-AWLAWIYAT

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Alhamdulilah,selepas selesai solat maghrib di surau ana dan beberapa orang sahabat telah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia Usim (SPMM USIM).Kuliah tersebut mengenai pengajian KITAB FIQH AL-AWLAWIYAT yang mana kitab ini ditulis oleh DR. SYEIKH YUSOF AL-QARDAWI..

PADA : 8.00 P.M

BERTEMPAT : DKF 1.1 FKP

PENCERAMAH : DR. RUMAIZUDDIN GHAZALI

Makluman kepada pelajar,dalam kuliah ini juga ada menyediakan buku penulisan mengenai KITAB FIQH AL-AWLAWIYAT yang dikarang oleh Dr. Rumaizuddin Ghazali (ustaz fkp) berharga RM 15.00..

Selain itu,kuliah ini akan disambung pada minggu-minggu akan datang,kuliah ini diadakan 2 minggu sekali.

Sebagai kuliah permulaan bagi pengajian  Kitab Fiqh Al-Awlawiyat,Dr. Rumaizuddin telah menceritakan secara ringkas mengenai kitab ini dan latar belakang DR. SYEIKH YUSOF AL-QARDAWI.Di sini ana nak kongsi sedikit mengenai latar belakang Dr. Yusof Qardawi.Beliau telah dilahirkan di Mesir.Kemudian,beliau telah menghafaz Al-Quran pada usia 10 tahun.Beliau juga seorang anak yatim piatu ketika berusia 2 tahun di mana ketika itu bapanya meninggal dunia.Selain itu,kehidupan beliau tidak seperti kanak-kanak yang lain yang hanya tahu berseronok,beliau juga tidak berkesempatan untuk mengenal alam kanak-kanak kerana sibuk dengan membaca Al-Quran dan menjadi imam di kampung beliau.

Ok setakat itu sahaja coretan untuk kali ini,untuk mengetahui dengan lebih lanjut marilah kita sama-sama menghadirkan diri dalam kuliah-kuliah yang akan datang.Semoga dirahmati ALLAH sekalian.



 Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.(surah Al-Kahfi ayat 65)



Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS