Pages

Tangisan Gaza

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Salam Mahabbah buat semua sahabiah disini =)

Alhamdulilah kerana masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam.
Sebelum tu,ana ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1434 hijriah.
Di saat masuk tahun baru,seperti yang kita tahu telah bermula kembali pertumpahan darah di Gaza.
Terkini angka kematian tersebut meningkat kepada 116 orang termasuk sejumlah wanita dan kanak-kanak.
Ya Allah,bantulah mereka untuk menghancurkan Israel laknatullah.Mohon kepada seluruh umat Islam berdoa bagi saudara-saudara kita di sana dan bantulah mereka yang memerlukan pertolongan.

Bagaimana cara kita menolong mereka?

1) Doa (senjata orang mukmin)
2) Ayuh ! kita boikot barangan Israel
3) Memberi bantuan atau derma




Dalam sabda Rasulullah SAW: "Umat-umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan yang terhidang di dalam hidangan mereka"
Para sahabat bertanya:" Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:" Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu"
Para sahabat bertanya:" Apa itu wahan wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:"Cintakan dunia dan takutkan mati"

Allahurabbi  :'( 
Di manakah tahap kita sekarang.Adakah kita termasuk golongan orang yang cintakan dunia dan takutkan mati.
Sama-samalah kita muhasabah.
Kalau benda-benda yang kecil pun kita tidak dapat nak bantu mereka apatah lagi nak pergi berperang bersama mereka disana.Tapi mereka tidak mengharapkan kita untuk turun berjihad
di medan perang,cuma memerlukan doa dan sokongan daripada
kita.


Sahabat-sahabat lihatlah keadaan saudara-saudara kita di sana,
sangat menyentuh hati.

syahid yang tidak mengenal usia


Mereka yang kehilangan ibu bapa
Syurga menantimu di sana

Bacalah doa ini,semoga ALLAH s.w.t memakbulkan doa kita semua

  Semoga semua dalam redhaMu

Takbir 3x ! Allahuakbar 3x !

P/s : Jadilah kita insan yang bersyukur bukan kufur di jalan ALLAH.


Jazakallahu khairan kathiran 









No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS