Pages

:: La Tahzan Innallaha Ma'ana ::

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat tercinta,
alamaakkkk ! dah sebulan lebih blog ni tidak ber'update'.
tapi di pagi jumaat pada jam menunjukkan 
pukul 4.15 pagi.
Hati ini rasa nak mencoret sesuatu di blog bukan hanya
di Facebook.Rindu kat blog mulai terasa selepas membaca blog sahabat yang lain.
Hah,baru teringat kat blogku yang comel ni   =_=\/ PEACE ! 
(terperasan jap..ermm)
-----------------------------------------------------------------------------------

Astagfirullahal azim ~
Sebenarnya ana nak kongsikan perasaan ana dengan sahabat-sahabat
 yang sudi membacanya  di sini.Maaf ya ini mungkin ada sahabat mengalami 
perasaan yang sama seperti yang ana rasai.
Setiap ketika ana berada dalam kalangan orang yang bukan satu
Fikrah dengan ana,hati ini rasa tidak tenang
Sentiasa ditemani rasa gelisah,berkeseorangan kerna tiada sesiapa
Yang ana rasakan untuk berkongsi cerita.
Mereka masing-masing sibuk dengan urusan mereka sendiri.
Ya sememangnya begitulah kita
Apabila seorang pelajar ingin mengulangkaji pelajarannya,
Menyiapkan assignment dan kerja-kerja lain.
Tapi jangan jadikan alasan ‘busy’ sebagai modal untuk kita
Tidak berpeluang mencari masa bersama PENCIPTA kita.


Lama-kelamaan perasaan ini semakin parah 
Apabila ia tidak diubati dengan peringatan-peringatan dari
ALLAH iaitu yang menjadi wasilahnya ialah
Sahabat yang baik
Sahabat yang sefikrah 
Sahabat yang mempunyai masa untuk bersama dengan kita semua
Ketika senang dan susah
Merekalah yang menjadi penawar 
Kepada segala perasaan gelisah tadi.
Ya ALLAH,hebatnya pencaturanMu
Terhadap hamba-hambaMu yang lemah.
Syukur,alhamdulilah !
Kerna Engkau telah menghantar mereka untukku
Sepanjang berada disini walaupun 
Pernah berpisah seketika dalam jangka masa yang singkat.
Namun kami bersatu kembali
Atas ketentuanMu.

Allah berfirman dalam surah Al-Imran  ayat 139,
Mafhumnya :


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA




# kalau nak cari sahabat,carilah sahabat yang suka ke masjid,Insyallah di situlah
kamu akan berjumpa mereka yang baik-baik(soleh & solehah)..



Note : Ingatlah Allah yang memberi kita kekuatan bukan orang lain atau diri kita    sendiri,mereka hanya sebagai wasilah dalam menunjukkan kebenaran dan berpesan-pesanan untuk yang lain.




3 comments:

  1. eee.. perasan~ orang pukul 4 dok solat tahajud... dia p update blog. =.=!

    Tapi entri pukul 4 pagi memang entri muhasabah... T_T

    ReplyDelete
  2. aslm akak . entri akak memang kne dgn keadaan sye skrg. jdi ade tips x mcm mne kte nk ajak kwn kite bersama2 dgn kte supaya kami mpunyai fikrah yg sama ? lagi satu, saya nk pinjam gmbr yg comel ni eh ? syukran jazilan ya ukhti. innallah ma'ana

    ReplyDelete

jejak terbaik SNS