ISTIKHARAH CARA YANG BETUL

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum w.b t

Bagaimana hendak melakukan istikharah dengan cara yang betul??

1. Mengakui Kesalahan DAN Bertaubat
Istikharah bukan sekadar solat dan berdoa semata-mata,sebetulnya seseorang itu perlu membersihkan diri dan hatinya daripada kesalahan dan dosa dan bertaubatlah untuk tidak mengulanginya.Bila hati bersih,ALLAH akan permudahkan baginya untuk mendapat petunjuk yang baik.

2. Bersih Dalam Pilihan
Seseorang itu perlu membersihkan mana-mana pilihannya supaya tidak cenderung ke arah pilihannya .Serahkan sepenuhnya kepada ALLAH supaya petunjuk yang datang itu adalah yang terbaik walaupun tidak disukai oleh diri sendiri.

3. Mimpi Gerak HATI & Pandangan
Lazimnya petunjuk itu boleh datang melalui mimpi.Namun sebagai manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa kadang2 mimpi itu boleh disalah tafsirkan(sama ada permainan drpd syaitan @ betul2 drpd ALLAH).So that,ikutlah gerak hati dan mintalah pandangan orang soleh yg berilmu...

4. Mengulangi Istikharah
Seeloknya ulanglah istikharah ini sebanyak 3 kali.Ini berdasarkan peristiwa Abdullah bin Zubayr yang mengulangi istikharah sebanyak 3 kali dalam urusan membaiki Kaabah.Begitu juga Rasulullah s.a.w mengulangi doa sebanyak 3 kali.Namun begitu,bilangannya tidak terhad dan lakukan sebanyak mungkin sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah s.w.t...


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS