Pages

Nikmat Vs Ujian

بسم الله الرّحمن الرّحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah,syukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada hambaMu ini..
Ya Rabbi berkatilah apa yang telah kurniakan kepada kami.
Syukur sangat kerana masih diberi peluang untuk hidup sebagai khalifah di muka bumi ini,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai tempat mencari mardhotillah,
Hidup matiku INSYALLAH sabagai JUNDULLAH....

♩♫❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿♩♫

Ya ALLAH aku kasih kepada Rasullullah s.a.w  keranaMu Ya ALLAH
Ya ALLAH aku sayang kepada IBU bapaku keranaMu Ya ALLAH
Ya ALLAH aku juga mengasihi saudara seagama keranaMu Ya ALLAH
KEMUDIAN......
Apabila ALLAH s.w.t melemparkan ujian kepada seseorang hambaMu ini,
Dengan mudah hambaMu menjadi lemah tanpa orang yang disayangi di sisi,
Dan hati mula berbicara "kenapa Allah uji kita dengan pelbagai bentuk ujian??"
Kerana ALLAH ingin mengukur tahap keimanan hamba-hambaNya..

♪ ♩♫❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿♪ ♩♫

Kenapa terlalu berat ALLAH s.w.t berikan kepadaku kenapa tidak orang laen??
Kerana ALLAH ingin menguji seseorang hambaNya mengikut tahap kekuatan agamanya,
Sekiranya agamanya senipis kulit bawang (lemah) maka mereka diuji dengan ujian
yang sesuai denganya(ringan),
Apabila imannya kukuh,mereka diuji pula dengan ujian yang berat,
Seseorang itu akan terus-menerus diuji sehingga dia berjalan di muka bumi ini bersih 
daripada dosa-dosa..

♪ ♩♫❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿❀✿♪ ♩♫

Bagaimana seseorang hamba itu diuji oleh ALLAH???
Allah s.w.t sentiasa menguji hamba-hambaNya dengan pelbagai bentuk,sebagai contoh
Allah s.w.t menguji seseorang dalam bentuk nikmat,
Apabila seseorang itu dilimpahi dengan pelbagai nikmat sehingga membawa dirinya lupa siapa sebenar yang mengurniakan nikmat kepadanya.. 

Contohnya:

A : Aku dengar-dengar kau dapat Dekan sem ni,betul ke??
B : A'ah,tak sia-sia la usaha aku selama ni,sebelum ni pun aku "study" memang orang kata tak ingat dunia la katakan.....

Daripada dialog di atas,kita dapat lihat bagaimana seseorang itu mendapat kejayaan(nikmat) tetapi lupa siapa yang mengurniakan nikmat sebenarnya kalau bukan KHALIDNYA...mungkin sebelum itu,si B pernah memohon kepada ALLAH  supaya memakbulkan doanya dan bukan bergantung atas usaha mereka semata-mata..

Firman Allah s.w.t :

فإذامسّ الإنسن ضرّدعاناثمّ إذاخوّلنه نعمة مّنّاقال إنّمآأوتيته,على 
علم بل هى فتنة ولكنّ أكثرهم لايعلمونَ


Maksudnya:Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.(surah az-Zumar ayat 49)



P/S: peringatan untuk diri ini dan juga para sahabat..nikmat kadang-kadang boleh jadi ujian kepada kita...kenapa???Renung-renungkanlah dan selamat beramal..





No comments:

Post a Comment

jejak terbaik SNS